LATIHAN YANG DITAWARKAN
1. MOORING & DECK RATING
Pelatih yang tamat pengajian di
MOORING & DECK RATING akan layak bekerja di tas kapal yang akan
mengelilingi dunia dengan jawatan PELAUT BIASA (ORDINARY SEAMAN). Gaji
permulaan sekitar RM1,000 – RM2,500.00 (bergantung kepada syarikat).
Setelah berkhidmat setahun,
mereka layak mendapat jawatan ABLE BODIED yang mana jawatan ini diibaratkan
GORENG PISANG PANAS di pasaran.
Kareer kerjaya mereka boleh
meningkat kepada menjadi seorang pegawai dan kapten dengan pengalaman yang
mereka miliki. Dengan hanya memiliki sijil SPM, mereka layak mencapai jawatan
kapten kapal dengan gaji minimum RM12,000.00 sebulan.
Betapa untungnya belia-belia ini
kerana peluang yang berada di luar sana amat cerah.
Kerajaan Malaysia telah membuat
dasar untuk meramaikan bilangan rakyat tempatan yang bekerja di kapal-kapal
kerana industri maritime ini masih dikuasai oleh pekerja luar seperti dari
FILIPINA, BANGLADESH, INDONESIA,
THAILAND, INDIA dan beberapa Negara lain.
2.KURSUS PERAKAUNAN BERKOMPUTER
’UBS’
Kelayakan untuk mengikuti kursus
ini ialah SPM. Walaupun begitu, terdapat
ramai pemegang Ijazah dan Diploma telah mengikuti kursus ini kerana kesukaran
untuk mendapat pekerjaan di bidang yang mereka ambil sebelum ini.
Permintaan pekerja yang mahir
dalam bidang akaun berkomputer adalah tinggi. Bayangkan, setiap syarikat mesti mempunyai seorang pegawai akaun. Kalau
ada 1,000 syarikat, bermakna 1,000 pegawai akaun diperlukan bagi menjamin
rekod-rekod tersusun kemas dan mampu mengeluarkan laporan kewangan pada setiap
bulan.
Dengan pengalaman sejak tahun
2003, sebagai pelajar normal yang telah mengikuti kursus ini, mampu memperolehi
pekerjaan dalam sebaik sahaja tamat pembelajaran, MALAHAN RAMAI YANG telah diambil
bekerja semasa dalam tempoh akhir pembelajaran dengan gaji sekitar RM600.00 –
RM1500 sebulan.
Manakala pemegang Ijazah akan
mendapat gaji yang lebih tinggi kerana memiliki IJAZAH / DIPLOMA setelah
menamatkan pengajian di IMBASAN NILAI SDN BHD.
Jaminan kami iaitu “PELAJAR YANG
TAMAT PENGAJIAN AKAN MENDAPATKAN PEKERJAAN DALAM TEMPOH 12 BULAN SETELAH TAMAT
KURSUS” untuk mendapatkan pengalaman sebelum beliau memasuki pasaran kerjaya yang
lebih besar.
Syarikat kami akan memberI
mereka peluang pekerjaan untuk menimba pengalaman sebelum mereka berhijrah ke
syarikat lain.
KURSUS PERAKAUNAN BERKOMPUTER ’UBS’
ReplyDeleteberapa kos untuk seorang pelajar?
dapat kerja x lps tamat belajar di MOORING & DECK RATING .....
ReplyDeleteBla buka pngambilan kursus mooring & deck rating...ngn cra apply kursus..
ReplyDelete