Imbasan Nilai Sdn Bhd
merupakan sebuah syarikat Perunding Pengurusan dan Latihan yang ditubuhkan pada 6 Mei 1996. Syarikat ini
dimiliki sepenuhnya oleh Bumiputera. Imbasan Nilai Sdn Bhd juga telah berdaftar
dengan Kementerian Kewangan dan telah mendapat pengiktirafan sebagai Perunding
Kursus bagi badan-badan kerajaan seperti Kementerian Pembangunan Usahawan dan
Koperasi (MECD), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Perbadanan Memajukan Iktisad
Negeri Terengganu (PMINT),
Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP), Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri
Kelantan (PKINK), Yayasan Pembangunan
Usahawan (YPU), Yayasan Tekun
Nasional dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).
Imbasan Nilai Sdn Bhd
memulakan program latihan sendiri bermula pada tahun 2002 dengan melaksanakan
kursus-kursus di hotel. Pada tahun 2003, pengurusan syarikat telah
perkembangkan latihan dengan menganjurkan kursus Perakaunan Berkomputer ’UBS’
untuk tempoh 4 bulan secara separuh masa. Kami menghantar senarai nama peserta
latihan kami kepada lebih 300 syarikat bagi
membuka peluang kerjaya kepada pelatih dan menyediakan bakal pekerja yang
cemerlang kepada syarikat yang memerlukan tenaga kerja.
Sehingga kini, permintaan
terhadap pelatih kami amat menggalakkan. 80
% daripada pelatih kami mendapat pekerjaan dalam tempoh 6 bulan.
Perkembangan terbaru yang membanggakan kami ialah di mana syarikat-syarikat
telah menghubungi kami untuk mendapatkan pekerjaan dalam bidang yang berkaitan.
Berdasarkan kepada perkembangan baik ini, pengurusan telah mewujudkan
modul-modul terbaru yang telah menarik minat dan TELAH MENDAPAT KELULUSAN dari Kementerian
Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dan UPEN Terengganu.
No comments:
Post a Comment